Kisah Sugar Sugar Rune

Kisahnya melibatkan dua orang ahli sihir cilik bernama Chocolat Meilleure(disebut "syo-ko-la", seperti dalam bahasa Perancis) dan Vanilla Mieux dari dunia ajaib yang terpilih untuk berentap dalam peraduan merebut takhta Ratu Dunia Ajaib. Meskipun lawan un, mereka berdua tetap kawan karib. Ibu Chocolat, Cinnamon Meilleure menang dalam peraduan lalu, namun gara-gara puak Ogre, maka ibu Vanilla, Candy, dinobatkan sebagai Ratu. Chocolat kini berazam untuk menjuarai peraduan ini, sekaligus menjadi "bintang cerah" (Ratu Cahaya Yang Menyinar) untuk bondanya. Untuk menjuarai peraduan itu, para ahli sihir perlu menyamar diri mereka sebagai manusia dan beradu untuk mencuri "hati" manusia (sebenarnya emosi yang dikristalkan) yang terbanyak. Dengan bantuan Rockin' Robin sebagai mentor dan penjaga mereka, serta (dalam anime sahaja) dua kenalan lain, peraduan ini menyaksikan siapalah Ratu setersunya.

Bagaimanapun, timbulnya halangan besar bagi kedua-dua calon ratu ini apabila Pierre, seorang pemuda yang hati dingin dan penuh misteri, mula memikat hati Chocolat dan mempergunakan kedua-dua calon itu untuk kepentingan dirinya. Kini, setelah terjerat dalam matlamat baru mereka sendiri, kedua-dua ahli sihir cilik ini perlu mengharunginya dan mengekalkan persahabatan yang tidak terlerai oleh sihir pun.